KEKOSONGAN 6 JAWATAN DIBUKA DI LEMBAGA KOKO MALAYSIA

Photo of author

By IMK

Kekosongan Jawatan Dibuka Di Lembaga Koko Malaysia (LKM). Hari ini admin ingin kongsikan maklumat berkenaan kekosongan jawatan kosong yang perlu anda isi kadar segera melalui permohonan secara atas talian.

Para pemohon yang berminat dalam jawatan yang diiklankan, anda haruslah meneliti semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kok Malaysia (LKM).

JAWATAN DIBUKA DI LEMBAGA KOKO MALAYSIA (LKM)

Untuk makluman kepada para calon kali ini jabatan tersebut membuka jawatan kosong yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan para calon yang mana mengimpikan untuk mendapatkan pekerjaan tetap dibawah sektor satu agensi badan berkanun persekutuan. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
  • Akauntan Gred WA41
  • Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  • Pembantu Penyelidik Q19
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) W19

Jawatan ini adalah merupakan jawatan yang rasmi dibuka oleh pihak Lembaga Kok Malaysia (LKM) melalui portal Lembaga Koko Malaysia.

LEMBAGA KOKO MALAYSIA

Kekosongan Jawatan Dibuka Di Lembaga Koko Malaysia (Lkm)
KEKOSONGAN 6 JAWATAN DIBUKA DI LEMBAGA KOKO MALAYSIA 5
Kekosongan Jawatan Dibuka Di Lembaga Koko Malaysia (Lkm)
KEKOSONGAN 6 JAWATAN DIBUKA DI LEMBAGA KOKO MALAYSIA 6

PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41

Kelayakan Masuk

  • Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam dalam bidang Ekonomi, Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran, Komunikasi, Perniagaan Tani atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institute pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ringkasan tugas               

  • Menjalankan perancangan pembangunan, pasaran ekonomi atau pengurusan sumber manusia.
  • Mengawal selia pelaksanaan operasi Bahagian, dana-dana yang diperuntukkan, mengurus pentadbiran Unit/Bahagian.
  • Mewakili agensi dalam jawatankuasa/ pertubuhan berkaitan industri koko.
  • Memastikan segala peraturan-peraturan mengikut peruntukan akta berkaitan serta peraturan kerajaan yang diterima menerusi Dasar, Pekeliling dan arahan.
  • Menyediakan laporan prestasi Bahagian/Agensi kepada Ahli Lembaga dan stakeholders berkaitan.
  • Menyedia, merancang strategi, memperaku, melaksanakan Dasar program pembangunan, mengemaskinikan keperluan teknologi melalui program pemindahan, pemindahan teknologi dan pemasaran.
  • Menyelia dan melaksanakan serta menyelaras urusan berkaitan dengan perhubungan dan pengurusan media, promosi dan publisiti.

AKAUNTAN GRED WA41

Kelayakan Masuk

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA)
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ringkasan tugas               

  • Menyelaras, merancang, menyedia dan menyelenggara pelaksanaan aktiviti pengurusan Kumpulan Wang Pusingan Hasil Lembaga Koko Malaysia (KWPHLKM)
  • Mengawal selia pelaksanaan aktiviti Pengurusan Aset LKM dan Perakaunan Aset LKM
  • Membantu merancang dan menganalisa pengurusan sistem kewangan LKM
  • Pegawai pengganti kepada Ketua Unit Kewangan untuk tugas-tugas operasi di Unit Pengurusan Kewangan

PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q29

Kelayakan Masuk

  • Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Diploma dalam bidang Kimia/ Kimia Perindustrian/Sains/Teknologi Makanan/ Mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ringkasan tugas               

  • Membantu menjalankan kerja-kerja penyelidikan dalam menjalankan kerja-kerja di makmal atau lapangan.
  • Menguruskan, mendapatkan dan mengumpul data penyelidikan mengikut jadual.
  • Membantu dalam aspek teknikal dalam pembentangan hasil penyelidikan jika diperlukan.
  • Mempelajari dan menggunakan aplikasi peralatan dan/ atau perisian-perisian berkaitan penyelidikan hiliran koko.
  • Membantu dan menunjuk ajar dalam membina insan intelektual seperti penganjuran dan pelaksanaan kursus dan latihan dalam pembangunan produk.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pameran/ promosi yang ditetapkan/ dirancang oleh Lembaga Koko Malaysia
  • Memastikan makmal dan peralatan makmal sentiasa dalam keadaan yang teratur dan bersih.
  • Menjaga dan memantau keselamatan semua harta modal/ harta alih/ inventori/ bahan kimia makmal di bawah jagaan.

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Kelayakan Masuk

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ringkasan tugas               

  • Membantu Ketua Unit Pengurusan Perolehan untuk menyediakan dokumen kontrak / bekalan / perkhidmatan dan kerja serta aktiviti-aktiviti berkaitan perolehan berdasarkan Peraturan dan Pekeliling yang berkuat kuasa.

PEMBANTU PENYELIDIK Q19

Kelayakan Masuk

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang Sijil Seni Kulinari dan Penyediaan Makanan yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan
  • atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ringkasan tugas               

  • Membantu Pegawai Ehwal Ekonomi dan Penolong Pegawai Penyelidik menyelaras, melaksana program dan aktiviti Unit Pembangunan Usahawan Coklat.
  • Membantu merancang, menyelaras, melaksanakan, mengawalselia dan memantau aktiviti-aktiviti Unit Pembangunan Usahawan Coklat
  • Melakukan aktiviti pemindahan teknologi pembuatan coklat buatan tangan, pembangunan usahawan coklat dan aktiviti pengembangan seperti pemantauan dan verifikasi.
  • Bertanggungjawab kepada pelaporan-pelaporan berkaitan dengan pembangunan usahawan coklat.

PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

Kelayakan Masuk

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat pertengahan (simpan kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sijil perdagangan Malaysia peringkat tertinggi (perakaunan) serta kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ringkasan tugas               

  • Membantu dalam pengurusan penerimaan dan penghutang
  • Membantu dalam pengurusan kewangan Kumpulan Wang Pusingan Hasil (KWPH)
  • Membantu dalam pengurusan Akaun
  • Membantu dalam pengurusan Cek Belum Tunai
  • Membantu dalam pengurusan pinjaman kenderaan dan komputer

 

SYARAT LANTIKAN TAMBAHAN 

  • Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan
  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; DAN
  • Memenuhi syarat-syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau lulus dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

IKLAN JAWATAN KOSONG

Untuk meneliti lebih lanjut mengenai tawaran dan iklan rasmi yang telah dibuka, Iklan jawatan kosong kami telah sediakan seperti di bawah

Kekosongan Jawatan Dibuka Di Lembaga Koko Malaysia (Lkm)

Kepada para calon yang telah melihat iklan tersebut, anda diminta untuk segera membuat permohonan serta menyelidiki terdahulu syarat-syarat kelayakan permohonan dan merujuk segera cara permohonan yang betul.

CARA MOHON

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh dicetak melalui Laman Sesawang Lembaga di alamat www.koko.gov.my

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada jam 5:00 Petang, Jumaat 08 September 2023 ke Ibu pejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5, 6 & 7 WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari Tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.