15 JAWATAN KOSONG MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

Photo of author

By IMK

Kekosongan Jawatan Dibuka Di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Hari ini admin ingin kongsikan maklumat berkenaan kekosongan jawatan kosong yang perlu anda isi kadar segera melalui permohonan secara atas talian.

Para pemohon yang berminat dalam jawatan yang diiklankan, anda haruslah meneliti semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

JAWATAN DIBUKA DI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

Untuk makluman kepada para calon kali ini jabatan tersebut membuka jawatan kosong yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan para calon yang mana mengimpikan untuk mendapatkan pekerjaan tetap dibawah sektor satu agensi badan berkanun persekutuan. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Akauntan Gred WA41
  • Arkitek Gred J41
  • Pegawai Undang-Undang Gred L41
  • Jurutera Gred J41
  • Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41
  • Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
  • Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
  • Penolong Jurutera JA29
  • Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
  • Penolong Pegawai Psikologi Gred S29
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
  • Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
  • Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
  • Pembantu Operasi Gred N11
  • Pembantu Awam Gred H11

Jawatan ini adalah merupakan jawatan yang rasmi dibuka oleh pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri melalui portal Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

IKLAN JAWATAN KOSONG

Untuk meneliti lebih lanjut mengenai tawaran dan iklan rasmi yang telah dibuka, Iklan jawatan kosong kami telah sediakan seperti di bawah.

IKLAN

Kepada para calon yang telah melihat iklan tersebut, anda diminta untuk segera membuat permohonan serta menyelidiki terdahulu syarat-syarat kelayakan permohonan dan merujuk segera cara permohonan yang betul.

CARA PERMOHONAN

  • Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab A Bil. 18 di bawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012 dan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir.
  • Sebarang masalah berkaitan perjawatan sila hubungi Puan Salwa binti Abd. Rashid di talian 07-5555122 Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 26 SEPTEMBER 2023 – JAM 5.00 PETANG
  • Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan atau yang tidak dihubungi adalah dianggap tidak beriaya.
  • Calon hendaklah menjalani ujian psikologi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Bahagian Sumber Manusia bagi saringan psikologi.
  • Semua maklumat akademik hendaklah diisi sebagaimana butiran sijil asal. Pihak Majlis berhak tidak membenarkan calon untuk ke sesi temuduga jika didapati butiran yang diisi berbeza dengan sijil asal.