Syarat Penerima Bonus RM2000 Penjawat Awam Seluruh Malaysia 2024

Photo of author

By IMK

Portal www.infomalaysiakini.my menyiarkan maklumat berkenaan Syarat Penerima Bonus RM2000 Penjawat Awam Seluruh Malaysia 2024. Terdapat juga penjawat awam yang tidak layak menerima bantuan RM2000. Untuk pastikan anda layak atau tidak, rujuk info yang kami kongsikan.

Berita baik untuk Penjawat Awam, Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Insentif Awal Semakan Sistem Pampasan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Semakan SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun ini.

INSENTIF AWAL PENJAWAT AWAM

penjawabaknn1 1697100207
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memberi bayaran insentif awal penjawat awam di dalam negara sementara menunggu semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam siap.
  • Untuk makluman, kerajaan sedang mengadakan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.
  • Kali terakhir, semakan kajian sistem saraan ini dilakukan adalah pada tahun 2012.
  • Kerajaan bersetuju memberi bayaran insentif awal penjawat awam sebanyak RM2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.
  • Selain itu, bantuan sebanyak RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
  • Ini turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

BERIKUT ADALAH JUMLAH BANTUAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PENJAWAT AWAM

  • Pegawai perkhidmatan awam gred 56 dan ke bawah dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Eksekutif termasuk pegawai/pekerja yang dilantik secara kontrak akan menerima RM2,000.
  • Jawatan penting sektor awam (termasuk polis, bomba, tentera, angkatan tentera dan semua kakitangan beruniform) dan pesara kerajaan (termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen) – RM1,000
Insentif Awal Penjawat Awam 1021x1024 1

SYARAT PENERIMA BONUS RM2000

Syarat penerima untuk bantuan khas ini adalah seperti berikut:

Penjawat Awam

Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat.

Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang Iayak tersebut merupakan:
  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS).
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh.
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji.
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji.
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

Selain itu, bantuan ini turut dibayar kepada:

  • Pegawai lantikan MySTEP yang telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

Pesara

  • Pesara kerajaan yang sedang menerima pencen.
  • Penerima pencen terbitan.
  • Pesara perkhidmatan awam skim KWSP (bersara apabila mencapai opsyen umur persaraan)
  • Bersara atas sebab kesihatan.
  • Veteran berpencen dan tidak berpencen.

Namun, terdapat juga penjawat awam yang tidak layak menerima bantuan ini iaitu:

  • Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/Gred Khas.
  • Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat (bergantung kepada tempoh yang bakal diumumkan).
  • Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam (bergantung kepada tempoh yang bakal diumumkan).
  • Pegawai yang meletak jawatan (bergantung kepada tempoh yang bakal diumumkan).
  • Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.

TARIKH PEMBAYARAN

  • Bayaran insentif awal penjawat ini akan dibuat pada 23 Februari 2024.
  • Ini meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.
Insentif Awal Penjawat Awam

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

“Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen

Sumber : hmetro

Sumber : https://studentportal.my/tarikh-bayaran-insentif-awal-penjawat-awam-rm2000/