287 KEKOSONGAN JAWATAN DIBUKA DI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM)

Photo of author

By IMK

287 Kekosongan Jawatan Dibuka Di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Hari ini admin ingin kongsikan maklumat berkenaan kekosongan jawatan kosong yang perlu anda isi kadar segera melalui permohonan secara atas talian.

Para pemohon yang berminat dalam jawatan yang diiklankan, anda haruslah meneliti semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

JAWATAN YANG DIBUKA

Untuk makluman kepada para calon kali ini jabatan tersebut membuka jawatan kosong yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan para calon yang mana mengimpikan untuk mendapatkan pekerjaan tetap dibawah sektor Kerajaan. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Penguasa Bomba Gred KB41
  • Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Jawatan ini adalah merupakan jawatan yang rasmi dibuka oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui portal permohonan kerja Suruhanjaya perkhidmatan Awam (SPA9).

IKLAN JAWATAN KOSONG

Untuk meneliti lebih lanjut mengenai tawaran dan iklan rasmi yang telah dibuka, Iklan jawatan kosong kami telah sediakan seperti di bawah

2 1
287 KEKOSONGAN JAWATAN DIBUKA DI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) 4
3 2
287 KEKOSONGAN JAWATAN DIBUKA DI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) 5

Kepada para calon yang telah melihat iklan tersebut, anda diminta untuk segera membuat permohonan serta menyelidiki terdahulu syarat-syarat kelayakan permohonan dan merujuk segera cara permohonan yang betul.

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KB41

Kelayakan Masuk

  • Ijazah Sarjana Muda

Ringkasan tugas               

  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas pengurusan am, pentadbiran, pemantauan dan mengawal selia aktiviti-aktiviti yang melibatkan aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan kebakaran, merangka dan menjalankan program latihan, menguruskan penyelidikan, perancangan dan pembangunan.

PENOLONG PENGUASA BOMBA GRED KB29

Kelayakan Masuk

  • Diploma

Ringkasan tugas               

  • Bertanggungjawab mengawal selia pengurusan balai bomba, personel, mengetuai tugas-tugas operasi dan pentadbiran pemadaman kebakaran dan penyelamatan, mengurus dan menjalankan pelaksanaan program pencegahan dan keselamatan kebakaran, penguatkuasaan dan latihan.

 

SYARAT LANTIKAN TAMBAHAN 

  • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar

MOHON SEGERA

Anda boleh membuat permohonan dengan kadar segera melalui portal secara atas talian melalui pautan dibawah

Klik link disini – https://spa9.spa.gov.my/login

Para calon boleh membuat permohonan dengan kadar segera dan melalui portal tersebut dengan mengisi di bahagian permohonan kerja.